AUDIT PROSEDUR TETAP OPERASI BAGI PEMERIKSAAN PENGELUARAN BERSIH (PTOCP) JAS PERLIS TAHUN 2023

Pengumuman Highlights

Audit Prosedur Tetap Operasi bagi Pemeriksaan Pengeluaran Bersih (PTOCP) menekankan konsep pencegahan pencemaran kearah meningkatkan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan semua Peraturan-Peraturan Subsidiarinya.

Audit ini dilaksanakan oleh pegawai  Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri dan pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat yang akan melihat kepada pelaksanaan audit yang dijalankan oleh pegawai dari JAS Negeri kepada premis –premis yang terlibat dengan audit ini.

Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Audit PTOCP ke Kilang Kopi Radix pada 7 Ogos 2023 bersama – sama dengan pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *