SPPIH (Sistem Atas Talian)

Sistem Pengurusan dan Pemantauan Industri Hijau

Pengeluaran Bersih "Cleaner Production" (CP) merupakan aplikasi berterusan strategi alam sekitar bersepadu yang diaplikasikan kepada proses, produk dan perkhidmatan untuk meningkatkan kecekapan eko dan mengurangkan risiko kepada manusia dan alam sekitar. Pengeluaran Bersih boleh di aplikasikan kepada proses-proses, produk dan berbagai perkhidmatan yang diberikan kapada masyarakat. Sistem Pengurusan dan Pemantauan Industri Hijau (SPPIH) adalah system untuk membantu pengurusan dan pemantauan audit CP. Sistem ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

  1. Sistem Pengurusan dan Pemantauan Industri Hijau bagi pihak industri
  2. Sistem Pengurusan dan Pemantauan Industri Hijau bagi Pegawai JAS Negeri
  3. Sistem Pengurusan dan pemantauan bagi pihak admin di JAS Ibu Pejabat
Link to SPPIH: http://sppih.doe.gov.my/