BENGKEL PEMBENTUKKAN GARIS PANDUAN PENGELUARAN BERSIH BAGI INDUSTRI PEMBUATAN KERTAS TAHUN 2022

Announcements Highlights

Tarikh : 1 November 2022

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Bilik Ixora, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat

Satu bengkel pembentukkan garis panduan telah diadakan pada 31 Oktober 2022 dan 1 November 2022 di Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat. Bengkel ini telah berlangsung selama 1 hari dengan pembentukkan Garis Panduan Amalan Industri Hijau bagi Industri Berasaskan Kertas pada 1 November 2022 di Bilik Ixora, Aras 4 Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh En. Hedzir Bin Abu Bakar, Ketua Seksyen Aduan dan Tindakan Susulan Pengautkuasaan bagi pihak Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat. Bengkel ini dihadiri oleh wakil pegawai dari setiap bahagian di Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat, juruaudit dan juga wakil syarikat yang terlibat dengan audit industri hijau yang telah diadakan pada tahun 2022 .

Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk membentangkan draf garis panduan yang telah siap dirangka oleh juruaudit dan seterusnya menyelaraskan garis panduan tersebut supaya selari dengan keperluan Jabatan dan juga keperluan industri yang terlbat dengan mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *