Metodologi

Pengeluaran Bersih (CP) merupakan proses audit yang melibatkan enam (6) langkah dan 18 tugasan yang perlu dipatuhi. Objektif setiap langkah adalah seperti yang dijelaskan di bawah.

Langkah 1: Permulaan: Perancangan dan pengurusan audit CP termasuk menentukan pasukan audit CP, menyenaraikan proses utama dan memilih fokus audit CP.

Langkah 2: Penilaian Awal: Penyediaan carta alir proses yang lengkap untuk menentukan fokus audit dan melaksanakan imbangan bahan dan tenaga untuk mengenalpasti punca, kuantiti sisa dan kos. 

Langkah 3: Menjana Opsyen CP: Identification of potential Cleaner Production opportunities and preliminary selection of workable CP opportunities. 

Langkah 4: Analisa Kesesuaian:Penilaian teknikal dan kewangan serta kehendak alam sekitar terhadap opsyen CP bagi menentukan kesesuaian dari segi teknologi dan ekonomi sesuatu opsyen CP.

Langkah 5: Pelaksanaan dan pemantauan CP Opsyen: Persediaan untuk pelaksanaan opsyen CP yang boleh dilaksanakan dan kaedah pemantauan pencapaian yang di sasarkan.

Langkah 6: Mengekalkan CP Berterusan: Keperluan sumber manusia dan strategi untuk mengekalkan program CP dan pemilihan fokus audit CP yang baru.

Berdasarkan kaedah yang dinyatakan di atas, adalah penting untuk memilih pendekatan yang terancang dan teratur supaya pelaksanaan CP lebih berkesan di samping memberi ruang dan kelongaran untuk situasi yang tidak dijangkakan.

Rujukan: UNIDO