Sejarah

Nama Pengeluaran Bersih ini telah dicipta oleh Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1989, dan digunapakai bersama Teknologi Bersih, Meminimakan Sisa dan Pencegahan Pencemaran.

Teknologi Bersih telah diperkenalkan diMalaysia pada Januari 1996, melalui projek-projek dibawah Danish Cooperation for Environment and Development (DANCED), satu program kerjasama teknikal diantara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Denmark. Projek-projek yang dilaksanakan oleh SIRIM, mempromosikan Teknologi Bersih melalui aktiviti-aktiviti seperti audit alam sekitar dan tenaga, demonstrasi laman dan penurunan maklumat dengan beberapa Perusahaan Kecil dan Sederhana. Dibawah program ini, SIRIM menawarkan dua perkhidmatan , iaitu "Cleaner Technology Extension Services" (CTES) dan "Cleaner Technology Information Service" (CTIS). Sejak itu, Jabatan Alam Sekitar Malaysia melaksanakan banyak projek untuk mempromosikan Pengeluaran Bersih dikalangan perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia.

Rujukan:
Pollution Prevention & Abatement Handbook 1998: Towards Cleaner Production
CTI Workshop on Energy Efficiency among Asian Countries; 18 -27 October, 2004; ICETT, Japan