Apakah itu CPVC?
CPVC adalah singkatan kepada 'Cleaner Production Virtual Center' atau Pusat Maya Pengeluaran Bersih. Dahulunya dikenali sebagai 'Green Industry Virtual Centre (GIVC)' ataupun Pusat Maya Industri Hijau
Siapa pemilik CPVC?
GIVC di miliki dan di selengara oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia. GIVC bermula pada tahun 2007 sebagai sebahagian projek pembangunan Pengeluaran Bersih (CP) dan telah mengalami beberapa pengemaskinian sehingga kini.
Apakah fungsi CPVC?
GIVC adalah laman sesawang yang mempromosikan dan memberi maklumat tentang Industri Hijau termasuk konsep Pengeluaran Bersih. Target utama adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Namun begitu semua pihak dan industri adalah digalakkan untuk melayari dan mendapatkan maklumat di laman sesawang ini.
Selain daripada maklumat, apa lagi yang boleh diperolehi?
Selain GIVC Jabatan Alam Sekitar juga telah membangunkan sistem atas talian Industri Hijau iaitu Sistem Pengurusan dan Pemantauan Industri Hijau (SPPIH).
Apakah itu SPPIH?
SPPIH adalah sistem atas talian yang bertujuan untuk mengalakkan sektor industri di Malaysia melaksanaan amalan Industri Hijau dan juga sebagai sistem pemantauan pelaksanaanya.
Siapa yang boleh dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut?
Anda boleh hubungi Seksyen Industri Hijau, Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Sila rujuk 'Hubungan Kami'.