jata    logo jas     

PORTAL PERMOHONAN DATA
JABATAN ALAM SEKITAR


MS Bahasa Melayu || English English

Portal Permohonan Data Jabatan Alam Sekitar merupakan laman untuk membolehkan permohonan data alam sekitar iaitu Data Kualiti Air dan Data Kualiti Udara dilaksanakan secara dalam talian.

Permohonanan adalah menggunakan BORANG PERMOHONAN dalam talian dan maklum balas akan dikemukakan melalui email. Sila fahami KRITERIA & SYARAT untuk membuat permohonan.

PEMOHON YANG LAYAK MEMOHON DATA

A. Permohonan Dalam Negara

BIL PENERANGAN
1. Agensi Kerajaan samada di peringkat Persekutuan atau Negeri
2. Agensi swasta, Perunding atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk tujuan kajian alam sekitar
3. Kedutaan Luar Negara di Malaysia
4. Universiti / Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
5. Pelajar / Pensyarah atau Penyelidik universiti / institusi
6. Merujuk kepada ketetapan Ketua Pengarah Alam Sekitar (KPAS)

B. Permohonan Luar Negara

BIL PENERANGAN
1. Organisasi Antarabangsa seperti WHO, UNEP, NASA, Clean Air Asia dan yang berkaitan dengan ekonomi, sosial, alam sekitar dan kesihatan
2. Pensyarah atau penyelidik universiti / institusi
3. Individu
4. Merujuk kepada ketetapan Ketua Pengarah Alam Sekitar (KPAS)

SYARAT DAN PERATURAN SEBELUM PERMOHONAN

a) Data hanya boleh diberikan kepada pemohon yang layak sahaja.
b) Setiap permohonan data yang dimohon perlu disertakan surat pengesahan dari Jabatan/ Institut/ Agensi masing-masing atau surat lantikan daripada kerajaan.
c) Data yang diterbitkan dalam Laporan Kualiti Alam Sekeliling (EQR) sahaja yang akan dipertimbangkan kepada pemohon kecuali Indeks Pencemar Udara (IPU) bagi tahun semasa.
d) Jabatan Alam Sekitar berhak untuk tidak mempertimbangkan semua data yang dimohon.
e) Data-data yang boleh dimohon adalah untuk tempoh maksimum 5 tahun terkini sahaja untuk data kualiti air sungai, air marin dan air tanah manakala maksimum 10 tahun untuk data kualiti udara.
f) Jabatan Alam Sekitar hanya membekalkan data-data yang ada dalam simpanan Jabatan sahaja tertakluk pada pertimbangan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
g) Setiap permohonan susulan daripada pemohon yang sama dianggap sebagai permohonan baharu dan perlu mengikut semula prosedur permohonan data.
h) Pemohon hendaklah mengemukakan satu salinan lembut (softcopy) laporan kajian selepas kajian selesai dilaksanakan.
i) Pemohon yang pernah mengemukakan permohonan data bagi tujuan penyelidikan atau kajian, perlulah mengemukakan satu (1) salinan lembut (softcopy) laporan atau hasil kajian bagi penggunaan data tersebut sebelum mengemukakan permohonan data yang baharu.
j) Pemohon hendaklah membentangkan hasil kajian sekiranya diminta oleh Jabatan Alam Sekitar.
k) Pemohon hendaklah menyatakan sumber rujukan data diperoleh daripada Jabatan Alam Sekitar dalam laporan kajian.
l) Pemohon hendaklah memperakui aku janji yang telah ditetapkan dalam PORTAL PERMOHONAN DATA JABATAN ALAM SEKITAR.

LOG MASUK PEGAWAI JAS

Untuk pendaftaran / pembatalan pegawai JAS, sila hubungi Unit Aplikasi 2, Bahagian Teknologi Maklumat


Paparan terbaik menggunakan Google Chrome (Version 91.0.4472.114) dengan resolusi 1536 X 864.
Penafian : Jabatan Alam Sekitar mempunyai hak untuk mengenakan bayaran bagi data alam sekitar apabila perlu pada masa hadapan.
Hakcipta Terpelihara © 2021. Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Alam Sekitar dan Air.